Friday, 8 June 2018

Pengalaman berikan tazkirah

                السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Fuhh lega alhamdulillah,

Itulah ukapan yang pertama keluar dari bibir mulut ku selepas aku selesai memberikan tazkirah di Masjid.
Sebenarnya yang ini adalah tazkirah pertama aku yang mungkin lebih 5 minit kerana masa dulu di masjid asrama aku tidak suka untuk keluar ke depan untuk memberikan tazkirah walaupun ada yang menjemput.

Tetapi kini aku beranikan diri buang sifat takut dan gementar aku didepan orang untuk memberikan perkongsian ilmu. Walaupun tadi aku sendiri merasakan orang yang mendengar itu terdiri drpd pihak masjid, pelajar tahfiz dan juga jemaah yang dewasa atau pun tua seperti kurang sambutan tak ade yg support selain angguk kepala je.

Sebenarnya bukan mudah untuk berucap di khalayak ramai jika tidak biasa sebab itu kita kena latih diri untuk berani dan buang sifat takut yang ada itu.



Sekian dari saya,
Aku Pemuda Kecil.